blog baru

August 19th, 2008 by mfeoleo

huhu..
aku da ader blog baru.. da stop wat blog kat fs.. tapi x delete la.. huhu!
this is the link:
http://muffyme08.wordpress.com/

Prince of Tennis

August 2nd, 2007 by mfeoleo

Prince_of_tennis

huhu! ske sgt ngn anime nih! sme watak aku suke.. each of everyone of them are a very different person but yet saling memahami n support antare satu same laen. smangat diorang men gak sgt la mengagumkan.. even juz anime jek n sme skill2 diorang tu adlh x tercapai akalmu..tapi sgtlah enjoynye nengok..

aku x penah pon try men tennis =( , sbb kecik2 dlu time form one ader senior tu x kasik men tennis sbb dier kater kalu men squash x leh men tennis (btol kot, sbb even aku men badminton pas men squash pon kekok lagi pulak tennis..)huhu! punye la lurus time tu. tapi sbenanye dier pon player tennis gak!ampeh.. huhu! ampun.. =D

tapi satu ari nnt akan ku coba jua! berat kot raket tennis.. laratkah?xpe2.. lom cbe lom tau kot…huhu!

 

cuti..kesahnye..

June 12th, 2007 by mfeoleo

salam..huhu! da lame x update blog nih..x dek idea sbenanye..

tapi rase cam nk citer psl cuti aku nih.. hurm.. leh tahan la bosan nye.. tapi biler da balik kg ngn jumpe member2, kurang la sket bosannyer. nk start dr mne ni ek.. ha.. tau dah..

1. g jenjalan kat kl ngn family sambil menyambil la ngn aktiviti yg patut.. huhu! (di ulang yg patut sahaje)=P

2. balik kg kat s’gor jap coz anta adik aku kat ukm ader program sket..bese la, dak nk spm ni mcm2 la program nye..

3.blk kg kat joho lak.. ader tahlil utk arwah pak cik n atok.. n kesempatan yg ader(ciwah)digunakan la tuk m`eratkan silaturrahim ngn sedare mare.. kalu balik kg kat joho nih mmg riuh la gak..memalam kalu x tdo lmbt mmg x sah.. sme kongsi2 citer.. kalu yg nk tdo pon, x leh tdo kot sbb bising no.. tapi bukan slalu kumpul reramai camnih so, xpe.. best gak! huhu! jumaat mlmnye men boling kat bakri ngn cousins pas mkn sate(or satay? bantai la) .. aku sah2 x terer.. melongkang jek.. =P dlm kol 1 pg sampai umah.. xtvt seterusnye (siang).. menyauk udang n ikan kat sungai.. aku tlg pegang bekasnye jek.. x reti aku menyauk nih.. sauk pnye sauk, dpt lak ular seekor.. trus menamatkan xtvt tuh.. naek tebing balik.. tapi dpt arr udang, byk gak la.. ikan seekor due.. ptgnye sket g mancing.. aku nengok je la.. x penah2 aku g ikot mancing.. bosan gak rupenye.. kazen aku yg paling kecik yg dapat paling byk ikan..huhu~ rezeki budak2..

4. back 2 skul!!! huhu.. dpt la jmpe kengkawan yg da lame la gak x jmpe.. sonok2! jumpe cikgu2.. seb baek diorang still knal lg.. huhu =P menyambil ngn amek sijil spm ngn pmr.. pas makan kat rs msra aku pon balik.. di hanto oleh wanak, tiqah hassan, dubox n aida.. aritu jugak, ader kes yg m`cuakkn seluruh jiwe rage aku.. purse aku kunun2 ilang/t’tinggal kat area rs msra.. dah.. nyusahkan n merisaukan lak beberape org yg laen.. rupe2nye, ajim a.k.a adik aku yg sorokkan kat bwh seat time aku tdo.. sungguh kurang asam budak tuh.. huhu!

5.nengok ocean’s 13.. pergh! best amat.. amat best! huhu.. kalu nk lebih best nengok la yg 11 n 12 dlu.. agak lawak la gak..x leh bla lawaknye.. lwk yg x bodo.. n yg paling best part diorang plan strtgy la.. cam bese.. cool abes..!

hurm.. dis 18th-22nd june ader kem permata lak.. adui.. pasti membosankan..okai.. nnt kalu rajin,aku update lg..  =)

::ma current fav song + sepatah due kater::

May 1st, 2007 by mfeoleo

Kehidupan-Inteam

kesenagan yg dtg
x akan selamanya
begitulah slps susah ada kesenanagn
seperti selepas malam
dtgnya siang
oleh itu waktu senang jgn lupa daratan

c/o
gunakan kesempatan utk kebaikan
sblm segalanya terlepas dr genggaman
kelak menyesal nnt
x berkesudahan
apa guna sesalan hanya menekan jiwa
jgn difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada tuhan
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
stlh kabus berlalu pasti cerah kembali

ujian adalah
tarbiyyah dari Allah..
apakah kita kan sabar
ataupun sebaliknya

kesenagan yg dtg
selepas kesshn
semuanya adalah nikmat dr tuhan

hurm.. lame dah aku x update blog ni.. ttbe terase sesuatu lak.. terase cam hipokrit gak kengkadang.. rs diri ni x lyk, tp aku cbe utk baiki diri ni n beri peringatan utk diri sendiri terutamanya n sme yg bce blog ni. iman ni turun n naik, smakin lame smakin mencabar ujian2 Allah terhadap hamba-Nya ini.. Tapi Alhamdulillah, ader yg mengingatkan.. aku bersyukur sgt.. Ya Allah jgnlah Kau pesongkan hati2 kami stlh kau berikan hidayah kepada kami..

Hidup kat dunia ni x lame..

bak kater kak nik (dlm handout yg diberi),

"our life is as short as butterfly’s life..use it to the fullest.. fill it with tarbiyyah so that you won’t regret your life later..-love u lots"

rpenye masih rmai yg sygkn kiter.. tapi, kiter syg x kat dr kte sndiri ek? aku kembali sedar akan sesuatu..hmm.. x perlu kot nak nyatekan kat cni..

sem ni hampir nak tamat, final pon makin dekat.. mcm2 dah berlaku spnjang sem ni.. sedar atau x, mse pon berlalu meninggalkan kte sume.. ajal pon smakin dekat la kan?hmm..aku harap dr aku, family aku, sahabat2 aku, kwn2 aku n muslimin dan muslimat seluruh dunia sentiase berada bwh lindungan-Nya.. n sentiasa diperingatkan utk terus berada pd jln yg lurus..insyaallah..

wassalam..

ade ape ngn cinta..?

November 28th, 2006 by mfeoleo

salamualaik…

ini kesah yg aku dpt dr satu sumber.. boleh lah agaknye kiter fikir2kn..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH
LAGI MAHA PENYAYANG

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan
untuk menyayangi dan disayangi.
Walaubagaimanapun tidak mudah bagi saya untuk
jatuh hati pada seseorang wanita. Saya tidak
mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih
tetapi saya mencari seorang teman pendamping
hidup saya hingga ke akhir hayat saya ; seorang
yang boleh mengingatkan saya sekiranya saya
terlupa dan yang paling penting, wanita yang
paling saya percayai untuk mendidik anak-anak
saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada
keluarga kami nanti..insyaALLAH.

Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah
letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita
untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orang
yang saya nantikan.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di
sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya,
banyak perkara yang telah saya pelajari dan yang
paling penting buat saya ialah ialah bagaimana
saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup
saya kerana sejak dari bangku sekolah rendah
lagi, saya belum pernah bergaul secara lansung
dengan perempuan pun dan saya amat peka
dengan larangan pergaulan antara lelaki dan
perempuan kerana saya bersekolah di sekolah
menengah agama lelaki berasrama penuh.
Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi atau menerima cinta walaupun peluang
itu datang beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-
sama terpilih utk mengendalikan sebuah
organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan ALLAH, dia menjadi pembantu saya.
Dari situlah perkenalan kami bermula dan kisah
saya juga bermula.

Dia bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat
tentang auratnya terutama kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan hati
saya tertarik padanya.

Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir
bicaranya, bersopan-santun mengatur langkahnya.
Wajahnya yang sentiasa berseri dengan iman dan
senyuman dan tidak pernah ke mana-mana tanpa
teman di sisi.

Suaranya yang amat sukar kedengaran dalam
mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika
suaranya diperlukan sahaja dan tidak sebelum itu.
Saya melihat dia sebagai seorang mukminah
solehah yang amat menjaga peribadi dan maruah
dirinya. Sata tidak pernah bercakap dengannya
kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan
rasmi tanpa panjang-panjang.

Saya seorang yang kuat bersembang dan sentiasa
punya modal untuk bersembang seperti kata
teman saya, tetapi tidak dengan dia. Saya menjadi
pemalu yang amat sangat dan amat menjaga
tatatertib. Bagi saya, itulah wajah sebenar wanita
solehah, dia mampu untuk mengingatkan orang
lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu
berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas
terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum
melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan
dia. Sebaik sahaja kerja yang terbengkalai itu
siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual
dengannya.
Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia
rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang
sekejap itu.

Syukur ALHAMDULILLAH. Dia memberikan
respon yang baik dan dari situlah saya mula
mengenalinya dengan lebih mendalam. Namun
apa yang boleh saya nampak dengan jelas, dia
amat kekok dan amat pemalu semasa bercakap
dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu,
sayalah lelaki yang pertama yang berbual
dengannya bukan atas urusan rasmi sebegitu.

Semasa saya berada di Jordan, saya
menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat
saya secara halus agar dia tidak terkejut. Syukur
ALHAMDULILLAH. Dia menerima dengan baik dan
hubungan kami berjalan lancar selama 4 bulan
sebelum saya balik ke Malaysia. Kadang-kadang
saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan
dialah yang akan mengingatkan saya. Dialah yang
meminta agar kami menghadkan mesej-mesej
agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan
lagi hubungan kami dan bagi saya dialah teman
hidup yang sempurna buat saya.

Walaubagaimanapun, sewaktu saya pulang ke
Malaysia, Ummi dapat menghidu perhubunagn
kami. Saya tahu Ummi tidak berapa suka anak-
anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah
menjangka Ummi akan menghalangnya. Tetapi
perhitungan saya silap, amat silap.

Adik perempuan saya telah memberi tahu saya
bahawa Ummi telah mengetahui perihal saya dan
ummi tidak suka.

Saya tidak menganggapnya sesuatu yang serius
sehinggalah ummi memanggil saya dan bercakap
secara peribadi dengan saya pada suatu petang.
Saya masih ingat lagi kata-kata Ummi yang
membuatkan saya tidak mampu untuk membalas
walau sepatah.

“ I haven’t found in ISLAM that permit what you are
doing right now. I haven’t heard from anyone that
love before marriage is permitted, but I know
there’s no relationship between male and female
except for what is very important and official
between them. So, may I know what kind of
relationship you are having now and I want to hear
it from your mouth that is legal in what you have
been learning until now ”.

“ Not a single phrase, nor a word ”

“ My sweetheart, if you want to build a family, a
faithful one, you can never build it on what ALLAH
has stated as wrong and proven false by the way
RASULULLAH P.B.U.H. has taught us. A happy
and blessed family come from ALLAH and you
don’t even have anything to defend it as blessed if
the first step you make is by stepping into what
HE has prohibited. You can’t have a family if
ALLAH doesn’t help you so and you must know in
every family that stands until their dying day, they
have ALLAH on their side. You can’t expect HIM to
help you if you did the wrong step from the very
beginning”.

Saya tiada kata untuk membalas kerana
semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah
lama dulu, tetapi saya tdak mampu untuk
melawan nafsu saya sendiri. Saya akui, saya
tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa
yang dipanggil sebagai keperluan manusia.

Cinta tidak pernah membawa kita ke mana, andai
cinta itu bukan dalam lingkungan yang diredhai
ALLAH. Tiada cinta yang ALLAH benarkan kecuali
selepas tali perkahwinan mengikatnya.

Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu
dan dari semua kitab Fiqh yang pernah saya baca,
tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu
kebenaran ini sudah lama dahulu tetapi saya tidak
kuat untuk menegakkannya.

Saya tidak mapu untuk menundukkan kemahuan
hati saya. Dan kata-kata Ummi memberikan saya
kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan
saya sebelum ini.

Ummi berkata :
“Its not me who want to make a
decision like this, but ALLAH tells you so”

Saya percaya iulah yang terbaik buat saya dan
dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan
kepadanya dan syukur ALHAMDULILLAH dia
faham. Walaupun air matanya gugur seakan
sungai yang tidak henti mengalir, tetapi dia juga
tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta
maaf kepada Ummi kerana menjalinkan hubungan
yang tidak sah ini dengan saya tetapi Ummi
memberi isyarat supaya, janganlah bimbang.
Andai ada jodoh antara kamu berdua, insya-
ALLAH DIA akan temukan kamu dalam keadaan
yang jauh lebik baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada
apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup
saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali
tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa
dihantui perasaan berdosa.

Bagi saya dan dia, inilah saat untuk kami
muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan
kembali segala kesalahan yang telah kami
lakukan. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-
cita kami dan sediakan diri untuk manjadi ibu dan
ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi.

Inilah masanya kami menginsafi kembali
ketelanjuran kami dahulu dan memohon moga-
moga ALLAH sudi mengampunkan kami.

“ Sesungguhnya, ya ALLAH, aku insan yang
sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan
syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan
nafsu yang tidak pernah lesu ”.

Walaubagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk
sementara waktu. Saya telah berjanji dengan diri
saya, dialah yang akan menjadi teman hidup saya
nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk
seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti
dia hanya 1 dalam 1000.

Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat
berharga yang pernah hadir dalam hidup saya.
Insya-ALLLAH, sekiranya ALLAH S.W.T.
panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan
pengajian saya di sini saya akan kembali ke tanah
air dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di
hati saya. Insya-ALLAH saya akan setia
menunggu saat itu, dan saya akan berusaha
sedaya upaya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

“ Sekiranya kita bertemu dengan seorang insan
yang sesuai sebagai teman hidup kita, janganlah
lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula
kita akan bertemu dengan insan yang
seumpamanya ”.

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab
berjalan antara lelaki dan wanita sebagaimana
yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s. beribu-ribu
tahun dahulu……

~ Hidup ini indah jika segalanya kerana ALLAH ~

ape ek nk isi title nih??

November 23rd, 2006 by mfeoleo

huhu.. cam da lame jek x tls blog.. mgkin bz sket n x dek idea nk tulis ape..

sebenanye skunk pon nga x dek idea nk tls ape..

hmm.. exam isnin nih. x ckp bersedia lg nih.. camne ni? exam slip ku pule hilang.. terbang 5 hinggit.. huhu!

sekian.. itu saja..

::luahan kehilangan slip pekse:: —> T_T

SanD n StonE

August 14th, 2006 by mfeoleo

A story tells that two friends were walking through the
desert. During some point of the journey they had an
argument, and one friend slapped the other one in the
face. The one who got slapped was hurt, but without
saying anything, wrote in the sand: "TODAY MY
BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE."

They kept on walking until they found an oasis, where
they decided to take a bath. The one, who had been
slapped, got stuck in the mire and started drowning,
but the friend saved him. After the friend recovered
from the near drowning, he wrote on a stone: "TODAY
MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE."

The friend who had slapped and saved his best friend
asked him, "After I hurt you, you wrote in the sand
and now, you write on a stone, why?"

The other friend replied: "When someone hurts us,
we should write it down in sand where winds of
forgiveness can erase it away. But, when someone
does something good for us, we must engrave it in
stone where no wind can ever erase it."

LEARN TO WRITE YOUR HURTS IN THE SAND,
AND TO CARVE YOUR BENEFITS IN STONE

kemPen BoiKot~

August 14th, 2006 by mfeoleo

Kempen boikot Coca Cola, Starbucks

JOHOR BAHRU: Aman Malaysia semalam melancarkan kempen memboikot produk minuman Coca Cola dan rangkaian kedai kopi Amerika Syarikat, Starbucks sebagai bantahan terhadap sokongan dua syarikat berkenaan terhadap rejim Israel.
Penyelarasnya, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata kempen itu turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Restoran Muslim Malaysia (Presma).

Katanya, kedua-dua syarikat itu secara terang-terangan menyatakan sokongan untuk terus menyalurkan dana kepada rejim Israel untuk membeli senjata bagi meneruskan serangan terhadap Lubnan.

"Kami menyarankan kepada semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama untuk bersama-sama memboikot produk Coca Cola dan Starbucks atas sokongan mereka (syarikat) terhadap tindakan Israel di Lubnan sejak kira-kira sebulan lalu," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Tebrau di sini, semalam.

Mukhriz berkata, kempen memboikot itu cara terbaik untuk rakyat negara ini, menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati kepada tindakan Amerika Syarikat yang terus membisu dengan keganasan Israel.

"Presma mempunyai kira-kira 6,000 ahli yang terdiri daripada pemilik restoran India Muslim juga bersetuju untuk tidak menjual semua jenis produk Coca Cola.

"Masih banyak lagi produk Amerika Syarikat di sini, tetapi kita lihat dua syarikat ini adalah yang utama dan kita berharap tindakan memboikot akan memberikan kesan kepada mereka," katanya.

Pesan Ibu a.k.a emak

August 11th, 2006 by mfeoleo
Emaak kata…..
Emak kata jangan main cinta
Kerana cinta itu buta

Emak kata jangan pura-pura
Kerana akan menyesal jua

Emak kata jangan lawan kata orang tua
Kerana akan mendapat dosa

Emak kata jangan suka mengata
Kerana ianya sia-sia

Tapi, emak kata
Aku selalu lupa
Lupa untuk berjaya
Sekarang tak kata apa-apa
Hanya tau senyum je

Kini aku faham apa emak kata
Emak nak tengok aku berjaya
Emak nak tengok aku gembira
Aku tak mahu lawan cakapnya
Kerana aku sayang padanya

Emak ada kata jangan main-main
Belajar rajin-rajin
Kalau tak jangan teringin
Nak jadi macam orang lain
Lebih baiklah terus kahwin
Tak ada menyusahkan orang lain

Emak kata jagalah kawan
Kawan itu satu persahabatan
Keakraban dan juga persefahaman
Tiada perbezaan dalam kehidupan

Aku amat menghargai rakan
Dikau sahabat jgnlah lupakan kawan

i’m home! but…

June 16th, 2006 by mfeoleo

hr sabtu lepas seday sgt.. pak cik aku, alang, kembali ke rahmatullah..( Al- Fatihah)

sian atok, tinggal sorang biler ucu g keje.. T_T

x per, setiap yg hidup tu akan kembali pada-Nya.. citer pasal idup ngan mati ni, agaknyer dah sedia ker kiter ni.. anytime jer kiter akn dijemput Allah.. entahkan esok, lusa atau kejap nnt…

sempat ker kiter bertobat? mintak maaf kt sumer? sediakan bekalan?

sesungguhnye org yg paling bijak adalah org yg sentiasa mengingati mati, di situ kiter akan sentiasa berkira2 amalan sama ada baik ataupun buruk..

wassalam~

p/s: kt cni aku nk mintak maaf klu slama berkawan atau knal ngan korunk, aku byk wat salah… mintak halal mkn minum or aper2 jer yg korunk kasik eh?klu aku ader hutang tu, tuntut ler.. huhuhu, maner tau terluper.. coz aku pon x tau sampai biler Allah ksk nyawa ni… sentiasa doakan kejayaan kiter di dunia lebih2 lg di akhirat sana…

::: zikrulmaut :::